Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan yang paling kerap ditanya oleh founder dan pemilik jenama tentang perkhidmatan OEM/ODM kami. Tidak jumpa jawapan anda? Hubungi kami — pasukan kami sedia membantu.

Berapa modal minimum untuk buat produk jenama sendiri?

Bajet permulaan biasanya sekitar RM3,000 hingga RM10,000 bergantung pada jenis produk, formulasi dan pembungkusan. Produk asas seperti sabun atau losyen dengan formulasi sedia ada (ODM) adalah pilihan paling jimat untuk bermula.

Berapa kuantiti minimum (MOQ) di kilang anda?

MOQ bergantung pada jenis produk dan pembungkusan — untuk kebanyakan produk, pengeluaran boleh bermula dari 500 hingga 1,000 unit. Nyatakan produk yang anda ingin hasilkan semasa menghubungi kami untuk MOQ yang tepat.

Berapa lama proses dari idea hingga produk siap?

Secara purata 3 hingga 6 bulan: pembangunan sampel dan kelulusan anda (2–8 minggu), notifikasi KKM/NPRA (2–4 minggu), dan pengeluaran serta pembungkusan (4–8 minggu). Formulasi sedia ada (ODM) lebih cepat berbanding formulasi baru (OEM).

Adakah kilang anda mempunyai kelulusan GMP dan Halal?

Ya. Kilang kami di Perak mempunyai pensijilan cGMP ISO 22716:2017, kelulusan GMP daripada NPRA (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pensijilan Halal JAKIM. Lihat kemudahan kilang kami.

Siapa yang uruskan pendaftaran produk dengan KKM?

Kami uruskan notifikasi produk kosmetik kepada NPRA (KKM) bagi pihak anda sebagai sebahagian daripada pakej OEM. Setiap produk kosmetik wajib dinotifikasi sebelum dijual di Malaysia.

Apa beza OEM dan ODM?

ODM menggunakan formulasi sedia ada kilang — lebih cepat dan murah. OEM membangunkan formulasi khas mengikut kehendak anda — lebih unik tetapi mengambil masa R&D. Baca panduan penuh: Kilang OEM vs ODM.

Apakah jenis produk yang boleh dihasilkan?

Produk kosmetik (foundation, lip matte), penjagaan wajah dan kulit (cleanser, toner, serum, krim), penjagaan diri (sabun, syampu, losyen), dan juga produk penjagaan haiwan. Lihat senarai penuh di halaman Produk Kami.

Bolehkah saya melawat kilang sebelum membuat keputusan?

Boleh dan digalakkan. Kilang kami terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh, Perak. Hubungi kami untuk menetapkan temujanji lawatan.

Adakah formulasi yang dibangunkan menjadi milik saya?

Formulasi yang dibangunkan khas untuk anda (OEM penuh) boleh dimiliki mengikut perjanjian. Formulasi sedia ada kilang (ODM) kekal milik kilang. Perkara ini disahkan secara bertulis sebelum projek bermula.

Adakah anda membantu dengan reka bentuk pembungkusan dan penjenamaan?

Ya — pasukan kami menyediakan khidmat nasihat penjenamaan, reka bentuk label dan pemilihan pembungkusan sebagai sebahagian daripada servis lengkap kami.